Selasa, 7 Mei 2013

~~Dear HAWA~~










Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi,
hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup,
tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam ,
tiada nilai dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu mereka.
Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam, bila sinar Islam berkembang,
darjat kita diangkat, maruah kita terperlihara,
kita dihargai dan dipandang mulia dan mendapat tempat disisi ALLAH sehingga
tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.






Wahai Hawa...
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati dalam ajaran-Nya
Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan
kenapa masih ragu dalam mematuhi perintah-Nya ?

Wahai Hawa...
Tangan yang menggoncang buaian boleh menggoncang dunia
Sedarlah hawa kau dapat menggoncangkan dunia dengan
melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh dan solehah
Kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta
memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati
dalam menengakkan islam di mata dunia .

Tapi Hawa...
Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu,
jangan engkau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa...
Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suami.
Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu,
kerana aku khawatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH.
Dan memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan,
alat yang diekplotasikan oleh syaitan untuk menyesatkan adam.

Hawa...
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah bagi ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sampai ia tak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH.

Hawa...
Andai engkau belum bernikah, jangan engkau risau tentang jodohmu,
Ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan engkau menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
Jangan engkau memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki , kerana engkau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya...




Sumber image : Google












Tiada ulasan: