Rabu, 8 Mei 2013

~ This Moment ~


Selamat malam kepada semua teman pembaca. Entah kenapa tangan dan otak ini gatal untuk menaip dan bercerita.*KETAWA SEBENTAR* ... 








_________________________________________________________________________________


JADINYA nak post picture Hari Graduasi yang telah berlalu sebulan yang lepas pada 
14 MAC 2013.


Before Majlis Perarakan bermula *take picture first*



Siswazah-siswazah yang berjaya dunia akhirat *Amin*



Sepatutnya ramai lagi yang bergambar atas pentas ini tapi kemana ntah kawan-kawan lain




kebosanan dah . Please dont take picture .. hehe




Ini gambar masa ambil result SPM 

_________________________________________________________________________________

Kini tinggal kenangan yang tidak akan dilupakan . Walau dimana sahabat-sahabatku berada sentiasalah jaga dirimu dan kekalkan identiti diri yang sentiasa menjaga maruah diri . Semoga berjaya Sahabat . Selepas ini masing-masing akan membawa diri ada yang akan pergi ke JORDAN, IPG, MATRIK, STAM, STPM dan sebagainya .Jangan lupa pada diriku ini .. huhu


Salam kemaafan buat semua sahabat sekiranya diri ini telah melukakan hatimu tanpa ku sedari . Maafkanlah diri ini yang sentiasa melakukan kesalahan , maka sedarkan la saya jika ada salah kay . Halalkan semua yea :)
Terima Kasih



p/s : Ada lagi sebenarnya gambar-gambar graduasi tapi ini je sempat na upload . hehe


Selasa, 7 Mei 2013

~~Dear HAWA~~










Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi,
hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup,
tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam ,
tiada nilai dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu mereka.
Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam, bila sinar Islam berkembang,
darjat kita diangkat, maruah kita terperlihara,
kita dihargai dan dipandang mulia dan mendapat tempat disisi ALLAH sehingga
tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.






Wahai Hawa...
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati dalam ajaran-Nya
Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan
kenapa masih ragu dalam mematuhi perintah-Nya ?

Wahai Hawa...
Tangan yang menggoncang buaian boleh menggoncang dunia
Sedarlah hawa kau dapat menggoncangkan dunia dengan
melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh dan solehah
Kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta
memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati
dalam menengakkan islam di mata dunia .

Tapi Hawa...
Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu,
jangan engkau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa...
Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suami.
Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu,
kerana aku khawatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH.
Dan memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan,
alat yang diekplotasikan oleh syaitan untuk menyesatkan adam.

Hawa...
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah bagi ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sampai ia tak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH.

Hawa...
Andai engkau belum bernikah, jangan engkau risau tentang jodohmu,
Ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan engkau menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
Jangan engkau memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki , kerana engkau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya...




Sumber image : Google