Jumaat, 26 April 2013

Faedah Qaashiraatut-tharfi



Apa yang dimaksudkan  QAASHIRAATUT-THARFI ?? tak pernah dengar pon ? mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin juga tidak tahu .
Baiklah , QAASHIRAATUT-THARFI ialah menundukkan pandangan , tidak liar ataupun singkat pandangan .
Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah telah menulis beberapa faedah menundukkan pandangan dalam kitabnya berjudul Raudlatul Muhibbin wa Nazhatul Mustaqin. Tercantum pula dalam kitab Fiqh An-Nadhr karangan Al-Mundziri. Berikut beberapa faedah menundukkan pandangan yang dikutip dari kitab-kitab tersebut :

* Menundukkan pandangan bererti menunaikan perintah ALLAH SWT. Tiada manusia yang bahagia di dunia dan akhirat kecuali dengan menunaikan perintah ALLAH SWT .
* Menguatkan hati dan membahagiakannya , sebagaimana halnya membiarkan pandangan menjadi liar akan melemahkan hati dan membuatnya gelisah .
* Membuat hati selalu bermesraan dengan ALLAH SWT , sebaliknya membiarkan pandangan menjadi liar akan memporak-perandakan hati dan fikiran .
* Menimbulkan kecerdasan yang luar biasa. Sesiapa sahaja yang meramaikan zahirnya dengan mengikuti sunnah dan meramaikan batinnya dengan sentiasa MURAQABAH ( mendekatkan diri kepada ALLAH ) , menundukkan pandangan dari perkara2 yang diharamkan , menahan nafsunya dari syahwat serta membiasakan hanya memakan harta yabg halal maka tidak ada yang menyalahkannya .
* Melahirkan hati yang GAGAH dan berani hingga membuat seseorang memiliki wawasan luas dan hujjah yang kuat .
* Melepaskan hati dari tawanan syahwat .Sebagaimana kerap dikatakan , "Orang yang tertawan oleh pandangan matanya , maka itulah  sebenarnta tawanan."
* Membentengi diri daripada pintu syaitan .
* Menguatkan akal dan menambah kecerdasan .
* Menyelamatkan hati daripada mabuk syahwat .
* Mengosongkan hati dari berbagai kemaksiatan .
* Merupakan mahar ( mas kahwin ) bagi bidadari .
* Melepaskan pandangan akan memberi beban kesukaran bagi badan dan kedua mata .
* Membantu seseorang dalam menuntut ilmu . 
Sudah ditegaskan dalam surah An-Nur agar  memelihara pandangan bagi LELAKI dan PEREMPUAN

    Wahai kaum Muslimin dan Muslimat tundukanlah pandangan matamu .
Sedarilah bahawa membiarkan pandangan mata menjadi liar merupakan pintu pertama pembuka jalan yang kelak merosakkan tirai kehormatanmu . Ini syariat dan perintah yang ALLAH SWT telah syariatkan .
sekian sahaja ,syukran kepada yang sudi membaca ^__^
maasalama !! ;D

Tiada ulasan: